8 SEPTEMBER 2022 BERA - Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) Negeri Pahang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dan Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS) telah menganjurkan Program Derma Darah Keluarga Malaysia bertempat di Dewan PAWE Bera. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seprti menderma darah, pemeriksaan kesihatan dan pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Agensi yang terlibat dalam pamerah adalah Pejabat Kesihatan Daerah Bera, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Perpustakaan Awam Daerah Bera, Petubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSKD) Daerah Bera, SW Corp Malaysia Daerah Bera, Ar-Rahnu YaPIEM dan CO-OP Bank Pertama. Dianggar seramai 200 orang pengunjung yang menytertai program kali ini. Manakala yang membuat pendaftaran menderma darah seramai 81 orang. Namun begitu, sebanyak 60 pack darah yang diperolehi kerana selebihnya tidak dapat memenuhi kriteria untu...