PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT "KELUARGA SIHAT, MASYARAKAT HARMONI"

 8 SEPTEMBER 2022


BERA - Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia (PBMM) Negeri Pahang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dan Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh  (HOSHAS) telah menganjurkan Program Derma Darah Keluarga Malaysia bertempat di Dewan PAWE Bera.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seprti menderma darah, pemeriksaan kesihatan dan pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta. Agensi yang terlibat dalam pamerah adalah Pejabat Kesihatan Daerah Bera, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Perpustakaan Awam Daerah Bera, Petubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSKD) Daerah Bera, SW Corp Malaysia Daerah Bera, Ar-Rahnu YaPIEM dan CO-OP Bank Pertama.


Dianggar seramai 200 orang pengunjung yang menytertai program kali ini. Manakala yang membuat pendaftaran menderma darah seramai 81 orang. Namun begitu, sebanyak 60 pack darah yang diperolehi kerana selebihnya tidak dapat memenuhi kriteria untuk menderma darah.


Pihak McDonald's Malaysia Cawangan Bera telah sudi memberi sumbangan berupa produk MCD kepada penderma-penderma darah.

Cik Nurbaizura binti Mohamed Sharif selaku Setiausaha Kehormat, PBMM Negeri Pahang mengatakan "Objektif utama program ini dianjurkan adalah membantu Unit Tabung Darah HOSHAS bagi memenuhi permintan dari hospital. Di samping itu, dapat mengeratkan silaturrahim di antara agensi-agensi terlibat bersama masyarakat".


Beliau juga mengharapkan kepada agensi kerajaan atau swasta dapat menyalurkan sumbangan kepada persatuan agar dapat meneruskan program-program kemasyaratan seperti ini di kawasan-kawasan yang lain pula.



Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PBMM NEGERI PAHANG KALI PERTAMA - 2022

PENGAGIHAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA KELUARGA TERKESAN- MUSIM PANDEMIK COVID 19

Cerita pagi- Selamat Pagi Malaysia - RTM 1