SEHARI BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT "PAYUNG EMOSI"

16 September 2022



KUANTAN- Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan Program Payung Emosi di bawah kendalian Jawatankuasa Pembangunan Wanita (SKUAD WARNA) PBMM Pahang. 



Di awal program, Senaman Zumba yang di ketuai oleh ZIN WATI dari MY IEZZY FITNESS STUDIO. Senaman ini bagi membentuk stamina dan kecergasan para peserta. Selepas senaman, satu ceramah yang bertajuk "Kepentingan Penjagaan Kesihatan Fizikal dan Mental". Ceramah ini telah sisampikan oleh Dr. Malreen Kaur a/p Harban Singh. Beliau juga salah seorang daripada Ahli Jawatan Kuasa PBMM Negeri Pahang. 



Seramai 150 orang peserta telah mengikuti program kali ini. Kumpulan sasaran bagi program kali ini adalah daripada golongan wanita dewasa. Dengan penglibatan daripada dari wanita ini, dapat menyamapikan ilmu dan pengalaman yang diterima kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat.



Kata Cik Norbaizura binti Mohamed Sharip selaku Ketua SKUAD WARNA PBMM Pahang "Objektif utama program adalah menyebarkan kepentingan penjagaan samada fizikal ataupun mental. Dengan adanya program seperti ini dapatlah sama-sama membina keluarga sihat, masyarakat harmoni". Selain tiu juga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dan kenal lebih rapat antara satu sama lain. 



Program Payung Emosi ini telah dirasmikan oleh Mr. Kharthigeyan Krishnan, Pengerusi PBMM Negeri Pahang. Beliau berkata "Mohon kepada semua agensi samada kerajaan swasta dapat memberi sumbangan agar program seperti ini dapat dijalankan sentiasa dan meliputi ke kawasan lain terutama di Negeri Pahang".










Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PBMM NEGERI PAHANG KALI PERTAMA - 2022

PENGAGIHAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA KELUARGA TERKESAN- MUSIM PANDEMIK COVID 19

PROGRAM PAYUNG EMOSI- ANDA TIDAK KESEORANGAN, KAMI BERSAMA ANDA