PROGRAM PENGAGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA DAN BARANGAN MAKANAN PERINGKAT DAERAH KUANTAN
18HB APRIL 2022
KUANTAN - Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama SKUAD WARNA PBMM Pahang dan PBMM Daerah Kuantan telah meneruskan Program Pengagihan Juadah Berbuka Puasa dan Barangan Makanan di Perkampungan Sungai Isap, Kuantan.
Program ini rentetan daripada program yang telah di laksanakan di Daerah Temerloh pada 16hb April 2022 dan di Daerah Bentong pada 17hb April 2022.
Pengagihan bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Program kali ini di sertai 10 orang sukarelawan PBMM di daerah Kuantan. Sebanyak 150 set telah di edarkan pada program kali ini. Dengan kerjasama dan sokongan daripada semua sukarelawan, program dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang di rancang.
Antara objektif program ini ialah dapat mempromosikan program dan aktiviti yang di laksanakan Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia kepada masyarakat setempat. Di samping itu, dapat mengeratkan silaturrahim di antara sukarelawan dan masyarakat setempat.
Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia Negeri Pahang memohon kepada penyumbang dapat memberi sumbangan agar program kemasyarakatan seperti dapat di teruskan di masa hadapan. Sumbangan boleh di salurkan ke akaun persatuan seperti berikut :
Nama Akaun : PERSATUAN BANTUAN MASYARAKAT MALAYSIA NEGERI PAHANG
No. Akaun : 8604994656
Bank : CIMB BANK / BENTONG
"KOMITED KEPADA MASYARAKAT"
Terbaik....
ReplyDelete