PROGRAM PENGAGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA DAN BARANGAN MAKANAN

 17 APRIL 2022



Bentong- Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama SKUAD WARNA PBMM Pahang, Kembara Kitchen dan Volunteer Malaysia (VMy) telah mengadakan pengagihan juadah berbuka puasa dan barangan makanan kepada masyarakat di kawasan Bandar Bentong.

Mr. Khartigeyan dan Encik Jasrizal menagihkan sumbangan

Program ini dijalankan rentetan daripada Program Berbuka Puasa bersama Komuniti (Mangsa Banjir 2021/2022) yang telah diadakan di Kampung Sungai Dingin, Mentakab, Pahang. Mr. Kharthigeyan mengatakan "Pada tahun ini, penganjur telah menyediakan 700 set juadah berbuka puasa dan barangan makanan untuk diagihkan. Pecahan sumbangan ini adalah di Daerah Temerloh sebanyak 350 set manakala di Daerah Bentong sebanyak 200 set dan di Daerah Kuantan sebanyak 150 set."



Tambahan beliau lagi semua sumbangan ini di terima daripada PBMM Negeri Pahang, SKUAD WARNA PBMM Pahang, Kembara Kitchen, Badan Bukan Kerajaan dan perseorangan di bawah naungan Platfrom Volunteer Malaysia (VMy).

Sukarelawan mengagihkan sumbangan kepada masyarakat setempat


Beliau mengharapkan agar di masa hadapan ramai lagi masyarakat tampil untuk memberi sumbangan agar Program Khidmat Masyarakat ini dapat di teruskan.


Komited Kepada Masyarakat



Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PBMM NEGERI PAHANG KALI PERTAMA - 2022

PENGAGIHAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA KELUARGA TERKESAN- MUSIM PANDEMIK COVID 19

Cerita pagi- Selamat Pagi Malaysia - RTM 1